Imigresen Negeri Sembilan Tahan 24 Pengawal Keselamatan Warga Nepal

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seramai 24 pengawal keselamatan warga Nepal ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan atas pelbagai kesalahan dalam operasi di sekitar Seremban dan Nilai, lewat Rabu.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri Abdul Kadir Hussin berkata, kesemua pengawal keselamatan itu ditahan di tempat kerja masing-masing iaitu premis perniagaan, kolej, kilang dan kelab sukan.

Beliau berkata lapan orang ditangkap di sebuah kolej swasta, masing-masing dua di kelab sukan dan riadah, kedai emas dan kawasan kediaman manakala 10 ditahan di sebuah kilang.

"Mereka ini didapati melakukan kesalahan seperti tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau menyalahgunakan pas lawatan masing-masing," katanya dalam sidang media di sini Rabu.

Katanya, kesemua pengawal keselamatan tersebut dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen, Lenggeng, di sini untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Abdul Kadir berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi sama dari semasa ke semasa bagi menjejaki pengawal keselamatan warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan