Dera: Pemilik Taska Serah Diri Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Permata Harapan di Taman Melati yang dikehendaki polis berhubung dakwaan mendera kanak-kanak yang diasuhnya, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) di sini, Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata wanita itu, Rozita Awang, 35, menyerah diri pada 10.30 pagi setelah diarah polis untuk berbuat demikian, Rabu,

Wanita yang mempunyai enam anak itu ditahan reman bermula Jumaat, katanya kepada Bernama di sini.

Menurut laporan media, penderaan itu dikesan apabila seorang bapa merakam perbuatan wanita itu menerusi kamera yang disembunyikan di dalam beg anaknya.

Setakat Rabu, lima laporan polis berhubung insiden itu juga dibuat di Balai Polis Sentul dan Balai Polis Wangsa Maju antara 29 Oktober dan 4 November lepas.

Berdasarkan laporan itu, dua kanak-kanak telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana terdapat kesan lebam pada tubuh mereka manakala tiga lagi mendakwa anak mereka ketakutan ketika berada di taska berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan