Tiada Bukti Samseng Jadi Pembalak Di Balai Ringin - Polis

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERIAN: Polis tidak menemui sebarang bukti bahawa ada anggota kumpulan samseng bekerja sebagai pembalak di kawasan Balai Ringin seperti yang didakwa oleh media.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Jamali Umi berkata siasatan polis terhadap lebih 200 pekerja di dua syarikat pembalakan di kawasan itu mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah.

"Pekerja-pekerja yang telah disiasat ini terdiri daripada orang tempatan dan warga asing yang mempunyai permit kerja yang sah," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah Serian, di sini Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam yang mendakwa kira-kira 800 penduduk di kawasan Melikin dan Karangan Melikin di Balai Ringin hidup dalam ketakutan kerana sering diancam oleh samseng yang bekerja dengan syarikat pembalakan berkenaan.

Menurut laporan akhbar itu, penduduk kampung terbabit mendakwa mereka telah membuat beberapa laporan polis tentang perkara berkenaan namun tidak ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, Jamali berkata polis menerima 13 laporan daripada penduduk kampung terbabit namun tidak ada satu pun yang menyebut tentang pembabitan samseng.

"Laporan-laporan yang kita terima hanyalah berkenaan dengan kerosakan pokok buah-buahan dan tanaman yang didakwa penduduk kampung itu sebagai angkara pekerja-pekerja syarikat pembalakan dan mereka (penduduk kampung) meminta bayaran ganti rugi bagi kerosakan itu," katanya.

Menyentuh dakwaan syarikat pembalakan terbabit tidak mempunyai permit untuk beroperasi di kawasan itu dan pekerja mereka sering mencetuskan pergaduhan, beliau berkata siasatan polis mendapati kedua-dua syarikat memiliki lesen sah yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

"Mungkin ada pertikaian disebabkan kekeliruan tentang sempadan operasi mereka tetapi untuk perkara ini saya harap pihak-pihak yang terlibat mengambil jalan penyelesaian yang baik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan