Rondaan Bersama PDRM, Polri Di Pulau Sebatik Dibincang - Hamza

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Republik Indonesia (Polri) di Pulau Sebatik, Tawau adalah antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat timbal balas polis kedua negara itu yang bermula pada Selasa hingga 8 November.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya berharap segala prosedur berkaitan rondaan bersama itu dapat diselesaikan pada mesyuarat kali ini bagi merealisasikan pelaksanaannya tahun depan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Daerah (Polda) Kalimantan Timur (Kaltim) Drs Dicky Atotoy di sini Rabu sempena Mesyuarat Timbal Balas Ke-11 PDRM Kontinjen Sabah dan Polri Polda Kaltim di sini.

Delegasi Polri seramai 32 anggota diketuai Drs Dicky.

Hamza berkata kerjasama antara pasukan keselamatan kedua negara itu telah membawa kejayaan dalam usaha pencegahan dan penyelesaian kes jenayah rentas sempadan melibatkan kedua-dua negara.

Kejayaan itu adalah hasil mesyuarat sebelum ini yang membawa kepada pewujudan pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dipersetujui bersama antara PDRM dan Polri, katanya.

Beliau berkata antara SOP itu ialah rondaan bersama antara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dengan polis Indonesia khususnya di kawasan sempadan laut dan darat kedua-kedua negara.

"Kami juga mengadakan SOP mengenai jaringan komunikasi Malindo dan mewujudkan SOP mengenai penyaluran maklumat melibatkan cawangan khas dan cawangan jenayah serta cawangan narkotik," katanya.

Hamza berkata dengan adanya pelbagai SOP itu, banyak kes jenayah rentas sempadan dapat diselesaikan melalui komunikasi dan penyaluran maklumat dengan penjenayah yang melakukan kesalahan di Malaysia dan lari ke Indonesia atau sebaliknya dapat dihantar balik untuk menghadapi pertuduhan.

Sementara itu, Drs Dicky berkata kesan paling ketara mesyuarat itu ialah kejayaan mewujudkan jaringan kerjasama melibatkan kedua-kedua agensi sehingga keselamatan di kedua-dua negara sentiasa terjamin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan