Polis Tahan Lima Lelaki, 30 Kes Pecah Rumah, Curi Kenderaan Selesai

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menunjukkan pelbagai barang yang dirampas dengan kejayaan polis menumpaskan sindiket pecah rumah dan curi kenderaan di Daerah Johor Baharu Utara pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Baharu, Rabu. -fotoBERNAMA
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menunjukkan pelbagai barang yang dirampas dengan kejayaan polis menumpaskan sindiket pecah rumah dan curi kenderaan di Daerah Johor Baharu Utara pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Baharu, Rabu. -fotoBERNAMA

JOHOR BAHARU: Polis percaya berjaya menyelesaikan 30 kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar bandar raya ini selepas menahan lima lelaki dalam operasi Ahad lepas dan akhir bulan lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata empat daripada mereka yang berumur 23 hingga 35 tahun ditahan kira-kira pukul 11 malam, Ahad lepas, di kawasan Tampoi dan Taman Perling manakala seorang lagi ditahan pada pukul 6.45 pagi di Taman Sentosa, di sini, 27 Oktober.

"Polis merampas sebuah kereta Volkswagen yang dilapor hilang di Singapura dan sebuah kereta Proton Perdana yang dilapor hilang di Tampoi dalam penahanan empat lelaki itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini Rabu.

Beliau berkata polis turut merampas sejumlah alatan dan barangan hasil pecah rumah termasuk pisau, parang, 15 jam tangan, 14 telefon bimbit, alat renjatan elektrik serta empat allen key yang diubah suai daripada kumpulan empat lelaki itu.

Kesemua mereka yang mempunyai rekod jenayah itu dipercayai terlibat dalam 15 kes pecah rumah dan curi kenderaan dan mereka kini direman sehingga Sabtu ini, katanya.

Mohd Mokhtar berkata dalam penahanan terhadap seorang lelaki berumur 33 tahun di Taman Sentosa pula, polis merampas sebuah kereta BMW yang dilapor hilang di Taman Pelangi Indah dan sejumlah peralatan mencuri kenderaan termasuk tujuh allen key yang diubah suai.

"Pemeriksaan terhadap lelaki itu mendapati dia merupakan orang yang dikehendaki polis bersabit kes curi kenderaan dan polis turut menemui satu permit kerja Singapura milik orang lain pada lelaki terbabit," katanya.

Lelaki terbabit katanya dipercayai terlibat dalam 15 kes pecah rumah dan curi kenderaan dan dia kini direman sehingga Jumaat ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan