Remaja Ditemui Mati, Kemungkinan Selepas Bermain Komputer Tanpa Henti

Diterbitkan: Selasa, 5 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang remaja, dipercayai bermain permainan komputer secara berterusan selama lebih 15 jam ditemui telah meninggal dunia dalam keadaan terlantar pada peralatan itu di biliknya di Bandar Baru Air Itam pada Isnin.

Ong Yee Haw, 23, yang keluar dari rumah untuk ke kafe siber pada Ahad petang, hanya pulang ke rumah pada kira-kira pukul 1 petang hari berikutnya.

Difahamkan bahawa dia pulang ke rumah dan terus bermain menggunakan komputernya di biliknya, di mana dia ditemui telah meninggal dunia oleh bapa saudaranya yang mahu memeriksa keadaannya pada kira-kira pukul 4 petang.

Ibu Ong, Chew Qun Juan, 62, berkata bahawa anak lelaki tunggalnya itu begitu ketagih dengan permainan komputer sejak dia berhenti kerja di sebuah restoran lima bulan lalu, selepas dia terlibat dalam satu kemalangan motosikal.

"Dia mengalami kecederaan di tangan kanannya dan berhenti kerja selepas itu.

"Saya telah mengingatkan dia berulang kali untuk tidak menghabiskan masa yang terlalu lama dengan bermain komputer tetapi dia tidak pernah dengar nasihat saya," katanya di bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada Selasa.

Upacara persemadian Ong akan dilakukan di krematorium Batu Gantung.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan