Polis Soal Siasat 'Datuk' Didakwa Serang Lelaki Berusia 62 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 5 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis Sabah telah menyoal siasat seorang 'Datuk' yang dikatakan terlibat menyerang seorang lelaki berusia 62 tahun di kawasan komersial Lido, awal hari Ahad.

'Datuk' itu, yang juga merupakan pemimpin persatuan komuniti asli di Sabah kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas disoal siasat, apabila beliau hadir sendiri di ibu pejabat polis Karamunsing tidak lama kemudian.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada Isnin berkata mereka menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dia dipukul dan ditendang oleh Datuk berkenaan, yang juga menunjukkan pistolnya kepada lelaki itu sebelum dibawa berlalu pergi oleh pemandunya.

"Kami telah menyoal siasat Datuk itu dan beliau kini berada di bawah jaminan polis manakala senjatanya, pistol, juga telah dirampas," katanya.

Hamza berkata, mereka akan meneruskan kes itu walaupun mangsa telah menarik balik laporan polis pada sebelah petang.

"Kita akan merujuk kes ini kepada Peguam Kanan Persekutuan (SFC) kerana ini bukan perkara kecil," katanya, sambil menambah terpulang kepada SFC sama ada untuk meneruskan kes itu atau tidak.

Difahamkan bahawa Datuk berkenaan telah bertindak secara agresif terhadap lelaki berumur itu selepas diberitahu supaya mengalihkan kereta BMW beliau yang diletakkan di tengah-tengah jalan dan menghalang lalu lintas dalam kejadian jam 7 pagi itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan