Pistol Ditemui Di Stadium Shah Alam

Diterbitkan: Selasa, 5 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menemui sepucuk pistol bersama tujuh butir peluru hidup di salah satu tandas di Stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Pahang dan Kelantan berlangsung pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, DSP Ruslan Abdullah berkata, ketika dihubungi pada Isnin berkata, pihaknya masih berusaha mengesan pemilik pistol berkenaan dan motif senjata itu dibawa ke stadium itu.

"Buat masa ini kita tidak boleh memberi sebarang ulasan berhubung perkara itu kerana ia masih dalam siasatan pihak polis," katanya.

Difahamkan pistol itu ditemui oleh seorang anggota polis yang kebetulan masuk menggunakan tandas itu.

Ruslan berkata, polis juga menahan 86 individu pada Ahad atas kesalahan membawa tiket palsu namun kesemua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Polis turut menahan lima lagi individu atas pelbagai kesalahan seperti menyalakan suar, membakar mercun dan membaling botol.

"Tindakan seperti itu bukan saja membahayakan diri sendiri, malah membahayakan nyawa penonton lain, termasuk kanak-kanak yang ada dalam stadium," katanya.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya perlawanan malam tadi berjalan dengan lancar tanpa kejadian tidak diingini berlaku, katanya.

Ruslan berkata, polis menempatkan seramai 110 pegawai dan 1,482 anggota di kawasan dalam dan luar stadium termasuk di tempat meletak kenderaan, laluan masuk dan keluar stadium.

Pahang muncul juara Piala Malaysia 2013 selepas menewaskan Kelantan 1-0 hasil jaringan pemain import, Matias Ruben Conti di hadapan kira-kira 75,000 penyokong kedua-dua pasukan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan