Suspek Rompak Kedai Emas Ditahan Reman Sehingga 10 November

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan Filipina, yang didakwa merompak sebuah kedai barang kemas tempat dia bekerja di Setapak, minggu lalu akan ditahan reman oleh polis sehingga 10 November untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah mengesahkan perkara ini sambil menambah kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata.

Suspek berusia 27 tahun itu dan rakannya sedang menunggu untuk menaiki kapal terbang ke Sabah di LCCT pada pagi Ahad, apabila mereka ditahan oleh polis.

Mereka didapati mempunyai MyKad palsu.

Suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah rumah di Pandan Jaya di mana sepucuk revolver Smith & Wesson .38, lima peluru dan beberapa barang kemas yang dicuri ditemui.

Sementara itu , beliau berkata polis turut memburu teman wanita suspek yang dipercayai menyimpan sejumlah besar barang kemas yang dicuri.

"Kami percaya dia juga warga Filipina dan masih berada di sini," katanya, Isnin.

Suspek yang menyamar sebagai Hikman Yakub dari Sabah, mengugut rakan-rakannya di kedai barang kemas dengan pistol dan berjalan keluar dengan dulang rantai emas di KL Festival City Mall pada 31 Oktober lalu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan