Suspek Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas Ditahan Di LCCT - Berita Jenayah | mStar

Suspek Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas Ditahan Di LCCT

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang suspek yang dipercayai merupakan pengawal keselamatan yang merompak kedai emas di KL Festival City ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, pagi Ahad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata suspek tersebut, yang dipercayai warga Filipina, telah ditahan ketika menunggu untuk menaiki pesawat ke luar negara.

Polis turut menahan seorang lagi warga Filipina yang turut bersama suspek.

"Kita berjaya memperoleh semula sebahagian barang kemas daripada suspek dan siasatan telah mabawa kepada sebuah rumah di Pandan Jaya di mana kita menemui pistol yang dipercayai digunakan untuk merompak premis tersebut," katanya.

Suspek tersebut menyamar sebagai rakyat Sabah menggunakan MyKad palsu, mengancam para pekerja menggunakan pistol ketika mereka membuka kedai barang kemas kira-kira pukul 9.30 pagi pada Khamis.

Dia kemudiannya melarikan 100 rantai emas yang masih belum lagi diketahui jumlahnya.

Dia dilaporkan telah bekerja di kedai emas itu selama dua bulan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan