Polis Larang Perarakan, Konvoi Selepas Keputusan PRK Sungai Limau Diumum

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Polis Kedah pada Isnin melarang sebarang aktiviti perarakan atau konvoi bermotosikal selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau malam Isnin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, larangan ini bertujuan mengelak sebarang kejadian tidak diingini seperti kesesakan lalu lintas atau kemungkinan berlaku kemalangan jalan raya akibat aktiviti terbabit.

"Parti yang menang atau kalah, janganlah buat perarakan atau konvoi kerana saya dapati ada konvoi bermotosikal melibatkan kanak-kanak yang sudah tentu menunggang motosikal tanpa lesen.

"Malah turut membonceng tanpa memakai topi keledar.. (perbuatan) ini membahayakan nyawa (sendiri) dan orang lain," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini.

Mengulas keadaan terkini di kesemua 17 pusat pengundian, Ahmad berkata beliau telah mengarahkan anggota polis secukupnya bagi mengawal keadaan agar PRK berjalan lancar sehinggalah keputusan diumumkan malam Isnin.

"Pihak kami dapat tangani sebarang situasi sehingga kini dan akan pastikan PRK ini berakhir dengan aman. Polis ada di mana-mana bagi memantau keadaan agar pengundi dapat keluar mengundi dengan selamat," katanya.

Ahmad berkata setakat 2 petang Isnin, polis menganggarkan sebanyak 61 peratus pengundi DUN Sungai Limau telah menjalankan tanggungjawab memilih calon masing-masing.

Beliau turut menasihatkan pengundi yang belum menunaikan tanggungjawab agar segera berbuat demikian kerana kemungkinan hujan akan turun pada sebelah petang.

"Keadaan adalah selamat untuk keluar mengundi, hanya satu laporan kes pergaduhan dilaporkan pagi tadi," katanya sambil menambah polis sedang giat mengesan suspek kes itu untuk tindakan selanjutnya.

Ahmad turut memuji pengundi di beberapa kawasan yang memberikan kerjasama kepada polis dengan mematuhi segala arahan di pusat pengundian dan meminta pengundi di kawasan lain berbuat sedemikian.

Tambahnya, penyokong mana-mana parti diminta tidak memasuki kawasan penyokong lain bagi mengelak perbalahan atau perkara tidak diingini dan meminta mereka agar menjaga tatatertib sepanjang proses PRK ini berlangsung. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan