Polis Kedah Sahkan Terima Laporan Kes Tumbuk - Ketua Polis Kedah

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Polis Kedah mengesahkan menerima laporan kes berhubung Ketua Wanita cawangan Bandar Baru Sentul (1C) Norsidah Abu Bakar yang didakwa ditumbuk penyokong PAS ketika merayu undi di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di sini, Isnin.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata polis telah menerima laporan yang dibuat Ketua Wanita Umno Bahagian Seputeh, Datuk Azizah Abdul Samad dan mangsa, pada pukul 11 pagi ini.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan, katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini, Isnin.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi tadi di mana wanita itu ditumbuk di bahagian muka. Kita sedang usaha kesan siapa yang melakukan perkara ini dan wanita itu telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Yan," katanya.

Ahmad meminta penyokong kedua-dua parti agar mematuhi arahan polis dan nasihat petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berjalan lancar.

"Polis akan sentiasa bantu SPR agar mereka tidak dikasari mana-mana penyokong semasa menjalankan tugas. Polis sedaya upaya sentiasa pastikan keadaan terkawal di kesemua 17 pusat pengundian," katanya.

Sementara itu, Norsidah, 50, yang juga anggota Jawatankuasa Wanita Bahagian Batu berkata beliau bersama perayu undi Barisan Nasioanl (BN) lain yang tiba lebih awal mengambil tempat di kawasan berhadapan sekolah itu.

Mereka kemudiannya didatangi sekumpulan lelaki dari PAS yang menyuruh mereka beredar dengan alasan tempat berkenaan milik mereka, katanya.

"Disebabkan keengganan kami (untuk beredar setelah didesak oleh kumpulan lelaki itu), maka mereka bertindak kasar hingga polis terpaksa mententeramkan keadaan.

"Tiba-tiba seorang lelaki berusia 30an menumbuk bahagian mata saya dengan tangannya yang dibaluti bendera PAS. Akibat tumbukan kuat itu, saya terus rebah dan hampir pitam," katanya.

Beliau kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ulu Sedaka berhadapan sekolah berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Yan untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Doktor menyuntik ubat tahan sakit dan menasihatkan saya supaya kembali ke hospital jika mata saya masih berdenyut dan sakit dalam masa 24 jam ini," katanya yang telah sembilan hari berada di sini untuk berkempen bagi meraih undi di DUN Sungai Limau. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan