Pengawal Keselamatan Buat Laporan Polis Dakwa Ditampar 'Datuk Seri'

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat terhadap seorang individu menggelarkan dirinya 'Datuk Seri', didakwa menampar seorang pengawal keselamatan yang memintanya untuk mengalihkan kereta yang diletakkan di tempat yang tidak mengikut peraturan di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Baru Klang.

Bekas anggota polis Nepal, Prakash Adhikari, 35, berkata, 'Datuk Seri' dan sekumpulan lelaki itu menaiki kereta Mercedes Benz hitam yang diletakkan di tempat letak kereta VIP di hadapan Centro Mall di sini pada kira-kira pukul 5 petang Rabu.

Beliau berkata, nombor pendaftaran kenderaan itu tidak didaftarkan untuk kemudahan mana-mana tempat letak kereta berkenaan tetapi lelaki tersebut tidak mengendahkan papan tanda tidak boleh meletakkan kenderaan dan kon trafik, malah kemudiannya meletakkan kenderaannya di kawasan berkenaan.

"Saya beritahu dia yang dia tidak boleh letak kereta di situ kerana saya tidak kenal nombor pendaftaran keretanya dan saya minta dia untuk pergi ke kawasan tempat letak kereta seperti yang digunakan oleh mereka yang lain.

"Dia kemudiannya berkata kepada saya, 'Adakah awak tahu siapa saya? Saya ni Datuk Seri... awak Pati (Pendatang Asing Tanpa Izin) tak guna," kata Prakash.

Pengawal keselamatan itu terus berkeras meminta lelaki terbabit untuk mengalihkan kereta dan cuba untuk menghubungi pengurusan pusat membeli-belah apabila lelaki tersebut menampar mukanya sebanyak dua kali.

Lelaki itu dan teman-temannya kemudian beredar untuk pergi menjamu selera di pusat membeli-belah berkenaan dan membiarkan keretanya diletakkan di kawasan tersebut.

"Terdapat kesan lebam di mula saya dan bibir saya berdarah. Saya memberitahu pihak pengurusan pusat membeli-belah mengenai perkara itu tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki terbabit.

"Saya tidak buat apa-apa yang salah, saya hanya cuba untuk melakukan kerja saya," katanya.

Penyelia Prakash, Awaluddin Kassim berkata, lelaki yang dikatakan sebagai 'Datuk Seri' itu menggelarkan dirinya sebagai Manimaran dari Pahang.

Awaluddin menambah bahawa beliau membuat laporan polis mewakili Prakash di Balai Polis Bandar Baru Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong mengesahkan laporan itu dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan