Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas 10 Kg Daun Ketum

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis menahan dua lelaki dan merampas 10 kilogram daun ketum dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Taman Nusantara, Gelang Patah, dekat sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata kedua-dua mereka yang berumur 30 dan 44 tahun itu ditahan pukul 2.50 petang selepas polis menerima maklumat awam mengenai kegiatan pengedaran daun ketum.

"Kedua-dua mereka yang merupakan rakyat tempatan ditahan ketika sedang membawa kesemua daun ketum yang diletakkan di dalam sebuah kotak itu untuk dimasukkan ke dalam but sebuah kereta," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, di sini, Jumaat.

Noor Hashim berkata hasil siasatan mendedahkan daun ketum itu dihantar ke premis berkenaan menerusi perkhidmatan kurier oleh rakan mereka di Kedah.

Beliau berkata polis percaya daun ketum yang berharga RM25 sekilo berkenaan untuk edaran di sekitar bandar raya ini, dan mendapat permintaan daripada individu yang berasal dari utara Semenanjung.

Katanya kedua-dua lelaki yang tidak mempunyai rekod jenayah itu kini direman selama empat hari mulai semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Rampasan ini merupakan yang pertama di Nusajaya dan kes terpencil, namun, kegiatan pengedaran tersebut akan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan