Jurufoto Rugi RM20,000 Disamun Ketika Buat Liputan Kebakaran Di Flat PKNS

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang jurufoto akhbar Kwong Wah Yit Poh kerugian kira-kira RM20,000 selepas kamera dan telefon bimbitnya disamun ketika membuat liputan kejadian kebakaran enam unit rumah di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Kerinchi di sini, Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Chong Yik Loong, 35, berkata beliau sedang mengambil gambar di flat bersebelahan lalu disapa seorang lelaki berumur lingkungan 30-an sebelum dipelawa untuk mengambil gambar di sudut yang lebih menarik.

"Semasa berada di tingkat 16 bersebelahan flat itu, saya didatangi seorang lelaki dan dia kata nak bawa saya pergi ambil gambar di tempat lain. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan terus mengikut lelaki itu.

"Apabila sampai ke tangga di tingkat 13, lelaki itu telah bertukar ganas dan mengarahkan saya menyerahkan beg kamera dan 'smart phone' Samsung dan berlaku pergelutan kerana saya enggan menyerahkan barang saya," katanya.

Beliau berkata lelaki tersebut bertindak mengeluarkan sebatang kayu lalu menyerang beliau sehingga menyebabkan beliau terjatuh ketika cuba mengelak.

"Saya mengalami kecederaan di bahagian tangan dan badan. Sejurus itu, saya melarikan diri ke tingkat 11 untuk meminta pertolongan," katanya, sambil menambah sekembalinya ke tempat kejadian di tingkat 13, suspek sudah melarikan diri.

Katanya beliau membuat laporan polis di Balai Polis Pantai, Jalan Pantai Baharu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan