Dua Maut Dalam Kebakaran Bangunan Rumah Kedai

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Dua orang- seorang lelaki dan wanita- terbunuh dalam kebakaran sebuah bangunan rumah kedai empat tingkat Jalan Sri Dagang di sini, Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di-Hata Gobel berkata berdasarkan pemeriksaan terhadap mayat mangsa, pihaknya percaya lelaki yang maut itu adalah rakyat tempatan manakala wanita itu rakyat asing.

Ini kerana terdapat tanda suntikan BCG pada lengan lelaki itu tetapi wanita berkenaan tidak mempunyai tanda suntikan BCG, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa berumur dalam lingkungan 30-an dan identiti sebenar mereka belum dikenalpasti.

"Kami percaya mereka mati kerana tersedut asap," katanya.

Beliau berkata kebakaran pada pukul 5.26 pagi itu melibatkan tingkat tiga bangunan rumah kedai itu yang diubahsuai menjadi bilik sewa sembilan pintu.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 6 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat, katanya sambil memberitahu empat lelaki yang turut tinggal di bangunan sama berjaya diselamatkan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan