Ahli Perniagaan Wanita Maut Akibat Ditikam Di Dada

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI MANJUNG: Seorang ahli perniagaan wanita meninggal dunia akibat ditikam di dada menggunakan senjata tajam di Apartment Bukit Permata, Lumut di sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba berkata Nariza Mustapha, 32, disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Seri Manjung di sini pada pukul 10.45 pagi.

Sebelum itu, ibu kepada dua anak itu ditemui terbaring di dalam bilik tidurnya di apartment itu dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 7.30 pagi, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini Jumaat.

Beliau berkata laporan bedah siasat menunjukkan mangsa maut akibat pendarahan yang banyak selepas berlakunya tikaman di bahagian dada.

"Siasatan awal polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk maklumat terperinci," katanya.

Jaafar berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan. Lelaki yang merupakan anggota pasukan beruniform itu ditahan reman sehingga 7 November.

"Mayat Nariza telah dituntut oleh waris dan dibawa pulang ke Rantau Panjang, Kelantan untuk urusan pengebumian," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan