Polis Tahan Lelaki Bolivia Telan 36 Kondom Berisi Kokain Di KLIA

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Trend terbaharu penyeludupan dadah Amerika Latin kini menyaksikan 'keldai dadah' atau penghantar barangan itu menelan dadah yang diisi ke dalam kondom sebelum terbang ke negara destinasi.

Taktik itu terdedah berikutan tindakan polis menahan seorang lelaki warga Bolivia kerana disyaki cuba menyeludup dadah dengan menelan 36 ketul kondom mengandungi kokain cair, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dalam pemeriksaan pada 9.30 pagi itu, polis menahan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan mencurigakan.

"Lelaki itu baru saja tiba di KLIA dari Sao Paulo melalui Dubai. Polis segera membawanya ke Hospital Serdang untuk mengeluarkan dadah itu yang kesemuanya seberat 1.5kg," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Menurut maklumat siasatan, Noor Rashid berkata kemampuan keldai dadah akan diuji terlebih dulu dengan diberikan keratan lobak merah sebesar saiz kondom untuk ditelan.

"Sindiket dadah juga telah menjalankan ujian supaya bahan buatan kondom tidak larut oleh asid perut dan mampu bertahan lama semasa dadah itu dibawa di dalam badan," katanya.

Lelaki itu antara beberapa individu warga asing yang ditahan dalam tempoh seminggu kerana kesalahan dadah, dengan nilai rampasan RM2.7 juta.

Selain warga Bolivia itu, turut ditahan dalam operasi di ibu negara dan Pahang ialah dua wanita Vietnam, seorang wanita Kemboja dan dua lelaki Nigeria, kesemuanya berumur antara 25 dan 41 tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan