Imigresen Melaka Tahan Lapan Pengawal Keselamatan Warga Asing

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Lapan pengawal keselamatan warga asing dan 11 pelayan pelanggan adalah antara 40 warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen Melaka atas pelbagai kesalahan dalam serbuan di empat lokasi sekitar Melaka, tengah malam Rabu.

Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan) Abu Bakar Sidek Hasan berkata dalam operasi penguatkuasaan lebih enam jam bermula 11 malam itu, lapan pengawal keselamatan warga Nepal ditahan di dua buah kilang sekitar Krubong, di sini.

"Setakat ini lebih 50 pengawal keselamatan warga asing ditahan sepanjang Ops 6P dan pihak kami akan terus memberi tumpuan mencari pengawal keselamatan asing tanpa dokumen sah," katanya dalam sidang akhbar di sini, Khamis.

Beliau berkata 11 pelayan pelanggan yang ditahan terdiri daripada lima warga Vietnam, Thailand (lima) dan China (satu) sementara seorang lelaki warga Nepal turut ditahan di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini.

Selain itu turut ditahan sembilan lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia, tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Vietnam di tapak pembinaan di Jalan Syed Tun Abdul Aziz, Limbongan, di sini.

Abu Bakar berkata kesemua warga asing itu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, beliau berkata pihak Imigresen dengan bantuan polis menahan seorang majikan berusia 38 tahun pukul 3 petang semalam gara-gara berlagak samseng dan memaki hamun anggota jabatan berkenaan selepas dua pekerjanya ditahan bulan lepas kerana tidak memiliki dokumen sah.

"Kami tidak boleh menyentuhnya kerana dia terlalu agresif berlagak samseng dan kali kedua iaitu minggu lalu kami minta dia ke pejabat kami juga tidak diendahkannya, malah kata-kata kesat dilemparkan kepada pegawai kami," jelas beliau.

Katanya majikan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 5B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil pekerja tanpa permit sah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan