Gara-Gara Tagih Hutang, Peniaga Cedera Dalam Pergaduhan

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Gara-gara menagih hutang lama, seorang peniaga cedera di kepala setelah terbabit dalam pergaduhan di Kampung Wakaf Tapai di sini Rabu.

Pergaduhan kira-kira pukul 9 pagi itu tercetus selepas peniaga itu menagih hutangnya daripada lelaki berusia 64 tahun yang sedang minum di sebuah warung di kampung berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata peniaga berusia 53 tahun dari Kampung Wakaf Tapai itu mengalami kecederaan di kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Manakala lelaki (didakwa berhutang dan juga seorang peniaga) hanya mengalami kecederaan ringan di jari dan kepala dan menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi Khamis.

Menurutnya siasatan awal mendapati insiden itu tercetus akibat hutang empat tahun lalu yang didakwa berjumlah kira-kira RM25,000 dan siasatan masih dijalankan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan