Anggota Polis Simpanan Patah Bahu, Tulang Rusuk, Motosikal Ditendang Suspek

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota sukarelawan simpanan polis (PVR) patah bahu kanan dan tulang rusuk kerana terjatuh dari motosikal akibat ditendang suspek di Jalan Genting Klang di sini malam Rabu.

Kejadian berlaku kira-kira 9 malam apabila anggota berkenaan bersama-sama seorang lagi rakan mengejar suspek bermula di Jalan Air Panas, yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang melawat anggota tersebut di Hospital Kuala Lumpur hari ini berkata suspek yang panik dengan kehadiran anggota PVR telah melarikan diri sebelum dikejar dua anggota berkenaan sehingga ke Jalan Genting Klang.

"Suspek cuba meloloskan diri dengan menendang motosikal salah seorang daripada anggota PVR itu menyebabkan mangsa terjatuh.

"Namun suspek berjaya dikejar oleh seorang lagi anggota PVR sebelum terjadi pergelutan yang menyebabkan anggota terbabit secara tidak sengaja terlepas tembakan ke arah suspek.

"Satu das tembakan itu telah mengenai pipi suspek," katanya.

Khalid berkata suspek yang berumur 31 tahun dipercayai penagih dadah dan pihak polis akan menyemak rekod lampaunya.

Beliau menyifatkan tindakan dua anggota PVR itu sebagai betul dan tidak menyalahi prosedur operasi standard (SOP) pasukan polis.

"Tembakan yang dilepaskan oleh anggota PVR berkenaan juga terjadi secara tidak sengaja ketika berlaku pergelutan," tambahnya Suspek sedang ditahan dan akan disoal-siasat.

Anggota PVR berkenaan Mohd Fathi Sudin, 19, menceritakan bagaimana motosikal beliau ditendang dan menyebabkannya terjatuh ke atas jalan raya.

"Kami seramai empat orang dipecahkan kepada dua pasukan untuk melakukan rondaan di Jalan Air Panas sebelum kami terserempak dengan suspek yang dalam keadaan mencurigakan.

"Kami kejar suspek kira-kira empat kilometer sebelum motosikal saya ditendang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan