Polis Tahan 17 Lelaki, Temui Semula Transformer TNB Bernilai RM300,000

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menahan 17 lelaki dan menemui semula transformer milik Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang dilaporkan dicuri dari sebuah gudang di Pandamaran, Pelabuhan Klang di sini, Selasa.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis menemui semula 15 transformer bernilai RM300,000 itu dan dua buah treler, kurang 12 jam selepas kejadian berlaku pada pukul 4.45 pagi.

"Sebaik menerima laporan, kita telah menjalankan Ops Kargo dan memeriksa rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) di premis itu serta menahan seorang lelaki yang merupakan pemandu di gudang berkenaan," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Rabu.

Beliau berkata susulan dari tangkapan pertama itu, polis menyerbu sebuah gudang di Pulau Meranti, Puchong serta menahan 16 lelaki termasuk sembilan daripadanya warga asing yang sedang meleraikan komponen transformer berkenaan.

Mohd Shukri berkata siasatan lanjut di dalam gudang itu turut membawa kepada penemuan kesemua barangan curi serta dua lori treler yang dilarikan di Pandamaran.

Katanya, pemeriksaan turut mendapati dua buah lori treler itu juga sudah dicat semula dan nombor casis pendaftarannya juga telah diubah suai.

"Kita percaya mereka mempunyai rangkaian sindiket lain dan komponen transformer yang dileraikan itu akan dijual pada peniaga besi buruk," katanya.

Mohd Shukri berkata kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 57 tahun terdiri daripada lapan rakyat tempatan, lima warga Sri Lanka, India (3) dan Pakistan (1) ditahan reman sehingga 5 November.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pemeriksaan turut mendapati kesemua warga asing terbabit tidak memiliki pasport perjalanan sah.

"Semakan rekod mendapati tiga daripada suspek warga tempatan yang ditahan mempunyai sembilan rekod jenayah lampau dengan satu daripadanya melibatkan kes penyalahgunaan dadah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan