Lelaki Ditahan Buat 15 Ugutan Guna Peluru

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki di sebuah kelab di Batu Ferringhi di sini awal pagi Rabu kerana dipercayai terbabit dalam 15 kes ugutan menggunakan peluru.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata suspek yang berumur 43 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 pagi.

"Dia disyaki menjadikan ahli perniagaan sebagai sasarannya dengan menghantar nota ugutan yang turut disertakan peluru untuk meminta wang.

"Dalam nota itu, suspek akan meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Thaiveegan berkata polis menerima laporan dari 25 Oktober hingga 28 Oktober lalu di sekitar daerah Timur Laut mengenai kegiatan suspek dan polis turut menyiasat dari mana suspek memperoleh peluru-peluru itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan