Dua Warga Filipina Ditahan Dalam Ops ID JPN

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan dua warga Filipina kerana memiliki MyKad yang diubah suai, dalam Operasi Semak Kad Pengenalan (Ops ID) yang dijalankan pada Selasa.

Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said berkata kedua-duanya dihadapkan ke mahkamah sejurus selepas ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

JPN sedang menyiasat bagaimana dua warga Filipina ini yang bekerja sebagai pengawal keselamatan memperoleh MyKad terbabit yang sebenarnya milik rakyat tempatan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Jariah bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kes itu.

Mengenai Ops ID, Jariah berkata operasi itu dijalankan bermula 8 pagi membabitkan kawasan Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Operasi serentak itu bertumpu di premis dan kawasan perumahan yang menggunakan khidmat pengawal keselamatan, membabitkan 50 pegawai JPN yang memeriksa kira-kira 800 pengawal keselamatan di kawasan terbabit, katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata JPN akan memeriksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan di negara ini bagi mengesahkan identiti mereka.

Langkah itu diambil pihak berkuasa susulan kejadian seorang pengawal keselamatan yang memperoleh pekerjaan tersebut menggunakan kad pengenalan palsu, menembak mati seorang pegawai bank ketika merompak bank berkenaan.

Mengulas lanjut, Jariah berkata Ops ID itu akan dilakukan bersama-sama Jabatan Imigresen pada masa depan, kerana pihaknya mendapati ada pengawal keselamatan bekerja menggunakan pas lawatan sosial.

Butiran warga asing terbabit telah direkodkan walaupun mereka tidak diambil tindakan hari ini, katanya.

Beliau juga mengingatkan pihak yang berkenaan bahawa MyKad hanya boleh diubah suai secara luaran kerana cip di dalamnya yang mengandungi butiran sebenar pemilik tidak boleh dipalsukan.

"MyKad menggunakan teknologi cip dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi, termasuk pengesahan biometrik dan melalui proses-proses keselamatan lain untuk melindungi data yang disimpan di dalam cip bertujuan menghalang sebarang pemalsuan," katanya.

Jariah juga mendedahkan bagi tempoh 2011 hingga kini, sebanyak 20 pengawal keselamatan warga asing telah ditahan dan didakwa atas kesalahan memiliki MyKad yang diubah suai.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan