Tas Tangan Ahli Parlimen Batu Kawan Dicuri

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahli Parlimen Batu Kawan,Kasthuriraani Patto
Ahli Parlimen Batu Kawan,Kasthuriraani Patto

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuriraani Patto mengalami kerugian barangan berharga bernilai RM5,000 apabila tas tangannya dicuri dari dalam keretanya pada Isnin.

Insiden itu berlaku ketika wakil rakyat DAP itu memandu berseorangan dari Pulau Pinang untuk menghadiri Sidang Dewan Rakyat di sini.

Ketika kejadian dia berhenti di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat di Sungai Perak, Ipoh arah Selatan pada pukul 7.30 pagi.

"Saya meninggalkan tas tangan saya dalam kereta dengan hanya membawa dompet sebelum pergi ke tandas dan kemudiannya membeli barang di kedai.

"Apabila saya kembali ke kereta, saya nampak tempat kunci di tempat duduk sebelah penumpang ada kesan umpil dan tas tangan saya telah hilang," katanya ketika di temui di Lobi Parlimen pada Selasa.

Antara barangan yang dicuri ialah, dua telefon pintar yang setiap satu berharga RM1,000.

Kasthuriraani kemudiannya membuat laporan di balai polis Bercham dan merakamkan kenyataannya di ibu pejabat polis daerah Kuala Kangsar pada hari yang sama.

Beliau berkata dua pekerja stesen minyak berkenaan melihat dua orang lelaki berdiri berhampiran keretanya, dan kemudian berlalu pergi dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih sebaik sahaja dia meninggalkan kedai barangan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan