Beri Perlindungan Kepada Suspek Kes Pegawai Bank Dibunuh, Satu Kesalahan - Polis

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis memberi amaran kepada orang ramai bahawa memberi perlindungan kepada suspek yang terlibat dlaam kes pembunuhan pegawai operasi bank, Norazita Abu Talib merupakan satu kesalahan dan mereka yang tahu di mana suspek berada perlu segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengingatkan oran ramai bahawa tindakan melindungi suspek merupakan satu kesalahan kerana dia sangat berbahaya kerana memiliki senjata api.

"Suspek merupakan individu yang berbahaya dan boleh mencederakan orang awam.

"Dia mempunyai senjata api dan adalah satu kesalahan jika ada individu yang memberikan perlindungan kepada suspek," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan Pegawai Kanan Polis ke-86 di sini pada Selasa.

Mohd Bakri berkata sekiranya orang ramai melihat ada individu yang mencurigakan berada di kampung atau kawasan kediaman, mereka harus segera menghubungi pihak polis.

Beliau berkata setakat ini belum ada keperluan untuk pihak polis mendapatkan bantuan daripada polis antarabangsa (Interpol) untuk mengesan suspek.

"Pada masa ini, pasukan petugas kita telah bekerjasama dengan polis di semua kontigen seluruh negara termasuk kawasan sempadan, agar suspek tidak boleh menyusup keluar ke negara jiran," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan