Banjir Lumpur di Cameron Highlands: Mayat Warga Indonesia Ditemui

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mayat wanita Indonesia yang dihanyutkan air dalam kejadian banjir lumpur selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet, di Cameron Highlands 23 minggu lepas, ditemui pada Isnin.

Mayat Jawarti Abdul Rahim, 24, ditemui dalam timbunan kayu dan sampah sarap di tepi Sungai Bertam kira-kira 2km dari tempat dia dilaporan hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat wanita itu ditemui pada 12.30 tengah hari oleh seorang pemilik kebun di kawasan itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di sini untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian banjir lumpur 23 Oktober lepas itu, tiga terbunuh - dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung - dan seorang dilapor hilang.

Kejadian itu turut memusnahkan kira-kira 80 rumah dan lebih 100 kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan