Limpahan Empangan: Mayat Wanita Indonesia Ditemui

Diterbitkan: Isnin, 28 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mayat wanita Indonesia yang dihanyutkan air dalam kejadian banjir lumpur selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet, di Cameron Highlands 23 minggu lepas, ditemui pada Isnin.

Mayat Jawarti Abdul Rahim, 24, ditemui dalam timbunan kayu dan sampah sarap di tepi Sungai Bertam kira-kira 2 kilometer dari tempat dia dilaporan hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat wanita itu ditemui pada 12.30 tengah hari oleh seorang pemilik kebun di kawasan itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di sini untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Dalam kejadian banjir lumpur 23 Oktober lepas itu, tiga terbunuh - dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung - dan seorang dilapor hilang.

Kejadian itu turut memusnahkan kira-kira 80 rumah dan lebih 100 kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan