Bekas Banduan Bunuh Isteri Serah Diri - Polis

Diterbitkan: Isnin, 28 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang baru dibebaskan dari penjara 12 Oktober lalu, menyerah diri kepada polis selepas menikam isteri yang kemudian mati, dalam kejadian di Ladang Bukit Darah Kundang, Sungai Buloh dekat sini malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata suspek berusia 35 tahun itu menyerah diri di Balai Alam Jaya tidak lama selepas kejadian.

"Dalam kejadian 9 malam itu, suspek pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

"Suspek menggunakan pisau sepanjang 32 cm untuk menikam isteri yang berusia 36 tahun beberapa kali di bahagian belakang, bagaimanapun mangsa sempat melarikan diri ke rumah jiran dalam keadaan berlumuran darah dan meminta bantuan sebelum mati beberapa minit kemudian," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Menurutnya siasatan awal juga mendapati pasangan itu sering bergaduh.

Polis sedang meneliti rekod jenayah suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 506 kanun yang sama. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan