Warga Asing Maut Ditikam Dan Ditetak Di Hadapan Perhentian Bas Lebuhraya Persekutuan

Diterbitkan: Ahad, 27 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang warga asing mati dipercayai akibat ditikam dan ditetak menggunakan senjata tajam di hadapan perhentian bas di Kilometer 28.9 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata mangsa yang belum lagi dikenal pasti identitinya ditemui orang awam yang melalui tempat itu kira-kira 9.30 malam.

"Lelaki itu ketika ditemui berada dalam keadaan parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, namun dia dilapor meninggal dunia di hospital," katanya kepada Bernama, Ahad.

Arjunaidi berkata pasukannya kini sedang berusaha untuk mengumpulkan bukti.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan