Seorang Lelaki Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Lima Kenderaan

Diterbitkan: Ahad, 27 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut, dua cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Km51.9, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, Mohd Radif Md Jali, 36, yang memandu kereta jenis Citra maut di tempat kejadian.

Dua yang cedera parah kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), katanya kepada pemberita di sini hari ini, tanpa menyatakan identiti kedua-dua mangsa.

Beliau berkata empat daripada lima mangsa yang mengalami cedera ringan hanya diberi rawatan pesakit luar manakala seorang lagi masih dirawat di HSB akibat cedera di kaki.

Katanya lapan anggota bomba yang dalam perjalanan pulang ke Alor Setar selepas menamatkan latihan di Kulim yang kebetulan berada di hadapan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu memberikan bantuan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan