Polis Didakwa Tembak Budak Lelaki 10 Tahun Akan Digantung Tugas

Diterbitkan: Ahad, 27 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Anggota polis yang didakwa menembak budak lelaki berumur 10 tahun di Parit akan digantung tugas minggu ini.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, lelaki itu yang berusia 50-an akan menerima surat penggantungan pada minggu ini.

"Surat itu telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Bukit Aman.

"Sebaik sahaja IPK negeri menerima surat itu, kami akan mengeluarkannya kepada anggota polis berkenaan," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Kira-kira dua minggu lalu, Mohd Amar Mohd Azizi telah ditembak oleh peluru sesat, yang didakwa dilepaskan menggunakan pistol milik seorang anggota polis di Kampung Belanja, Parit.

Mohd Amar menjalani pembedahan yang berjaya Ahad lepas untuk mengeluarkan peluru dari belakang tekak dan dia telah dibenarkan pulang ke rumah pada Khamis.

Acryl Sani berkata, kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Jumaat lalu.

"Kami akan menunggu jawapan daripada pejabat TPR sama ada mereka berpuas hati dengan siasatan itu atau menyiasat lagi," katanya.

"Terdapat beberapa pendakwaan yang kami sedang mengkaji untuk mendakwa anggota polis terbabit," katanya.

Acryl Sani juga menyatakan bahawa anggota polis yang tidak bertugas semasa kejadian itu, tidak mengikuti prosedur dalam mengendalikan senjata api.

"Dia tidak menyerahkan pistol untuk disimpan oleh pihak polis ketika dia tidak bertugas," katanya.

Acryl Sani berkata, polis juga dalam proses merakam kenyataan Mohd Amar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan