Limpahan Empangan: Operasi Mencari Dan Menyelamat Ditutup Sepenuhnya

Diterbitkan: Ahad, 27 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa warga Indonesia yang hilang dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, di sini Rabu lepas, dihentikan secara rasmi pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Yusry Abdullah Sani berkata, operasi yang bermula pada 8 pagi itu dihentikan kira-kira 2 petang Ahad.

"Pihak berkuasa telah menutup operasi mencari dan menyelamat sepenuhnya dan mangsa yang hilang masih tidak ditemui," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, katanya pemantauan dan rondaan di kawasan bencana akan dilakukan pada Isnin oleh anggota keselamatan dalam skala kecil.

Yusry berkata, sehingga kini usaha mencari dan menyelamat mangsa yang memasuki hari kelima menemui jalan buntu walaupun unit pengesan anjing K-9 dan unit penyelam bomba telah digunakan.

Dalam kejadian 1 pagi Rabu lepas, banjir lumpur melanda Lembah Bertam, Ringlet di sini apabila air sungai melimpah susulan pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar.

Insiden itu mengorbankan tiga nyawa selain seorang mangsa hilang. Ia turut memusnahkan 80 kediaman dan kira-kira 100 kenderaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 pada Jumaat, mengumumkan peruntukan RM40 juta untuk melebar dan mendalamkan Sungai Bertam. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan