Suami Pegawai Ambank Harap Pembunuh Isterinya Dikenakan Hukuman Setimpal

Diterbitkan: Sabtu, 26 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suami pegawai bank yang ditembak mati dalam kejadian rompakan di cawangan Ambank Subang Jaya, Rabu lepas, berharap mereka yang terlibat dalam kejadian itu dikenakan hukuman setimpal.

Irwan Kamarudin, 37, ketika dihubungi Bernama berkata kejayaan polis menangkap mereka yang terbabit akan memberi keadilan atas kematian isterinya.

Beliau mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas polis menangani kes itu sehingga berjaya menangkap tiga individu yang mempunyai pertalian dengan pengawal keselamatan yang menembak isterinya dan melarikan wang RM450,000 dari bank berkenaan.

"Terima kasih juga kepada PDRM kerana telah mengiringi dan memudahkan perjalanan menghantar arwah isteri saya ke kampung sehingga selesai majlis pengkebumian," katanya.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh seorang pengawal keselamatan ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal Ambank cawangan Subang Jaya, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan pada sidang akhbar hari ini berkata polis menahan dua lelaki dan seorang wanita, dipercayai isteri pengawal keselamatan terbabit dan menemui semula lebih RM20,000 wang rompakan itu.

Dua lelaki anggota keluarga suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat keselamatan berlainan dan wang itu disimpan oleh seorang daripada mereka di tempat dia bekerja. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan