330 Biji Telur Penyu Dirampas Di Sandakan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) merampas 330 biji telur penyu dalam operasi terhadap penjaja haram, di sini Jumaat.

Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan MPS Sairin Abd Rahman yang mengetuai operasi itu bersama 10 anggotanya berkata operasi ditumpukan di kawasan Pasar Am Sandakan dan kedai berhampiran.

Katanya telur penyu yang dirampas itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan dijual secara haram di daerah ini.

Turut dirampas dalam operasi pada 9.30 pagi itu, ialah 281 kotak rokok seludup. Tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Beliau berkata telur penyu berkenaan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah manakala rokok diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut.

Seseorang yang memiliki telur penyu di Sabah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 41(2) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM50,000 atau penjara lima bulan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan