Pengawal Tembak Mati Pegawai Bank Mungkin Warga Asing - Polis

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Imej rakaman CCTV menunjukkan suspek kejadian rompakan dan bunuh di Subang Jaya.
Imej rakaman CCTV menunjukkan suspek kejadian rompakan dan bunuh di Subang Jaya.

SUBANG JAYA: Pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank dipercayai merupakan warga asing.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan bahawa suspek menggunakan kad pengenalan palsu.

"Laporan awal mendedahkan bahawa suspek mungkin warga Indonesia," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau menambah, dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai rakan kepada suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

Abdul Rahim menafikan spekulasi bahawa suspek telah ditahan.

"Kami percaya dia masih di Selangor," katanya.

Tambahnya, beberapa jam selepas kes rompakan itu, khabar angin menerusi SMS tersebar mengenai suspek ditahan ketika cuba untuk menaiki pesawat di lapangan terbang di sini.

"Itu tidak benar... orang ramai jangan percaya terhadap maklumat palsu yang tersebar," katanya.

Beliau menambah, polis turut menyiasat syarikat keselamatan yang mengambil pengawal keselamatan yang memiliki MyKad palsu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata, satu pasukan petugas telah ditubuhkan berikutan kejadian rompakan itu yang berlaku pada Rabu.

Beliau menambah, maklumat mengenai kad pengenalan palsu itu menunjukkan nama Ardi Hamza (770818-12-6721) dari Tawau, Sabah.

"Pihak bank belum lagi memaklumkan kepada polis mengenai berapa banyak wang yang telah dirompak dalam kejadian itu," katanya.

Sementara itu, bank di mana kejadian rompakan dan bunuh itu berlaku telah ditutup sehingga Isnin depan bagi memudahkan siasatan dijalankan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan