PPDNKK Terengganu Tumpas Sindiket Gores & Menang

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu menahan enam lelaki yang dipercayai terbabit dalam sindiket gores dan menang di negeri itu.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya Firdaus Zakaria berkata mereka yang berusia 19 hingga 29 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis yang dipercayai dijadikan pejabat untuk kegiatan mereka.

Sejak September tahun lepas, kami menyerbu premis ini enam kali namun gagal menemui sesiapa sehinggalah hari ini. Sindiket ini dipercayai mengakibatkan kerugian kira-kira setengah juta ringgit membabitkan 80 mangsa sejak beroperasi tahun lalu, katanya dalam sidang media, di sini, Selasa.

Menurutnya sindiket itu yang menjalankan kegiatan di pasar raya dan tempat tumpuan awam, menyasarkan warga emas dengan menawarkan kereta Nissan Almera.

"Mangsa yang dijerat kemudian dibawa ke pejabat mereka dan menawarkan peraduan gores dan menang. Apabila terkena, mangsa akan diminta membayar RM10,00 untuk mendapatkan kereta itu yang akan diserah dalam tempoh dua minggu. "Selepas dua minggu, mangsa yang datang ke pejabat akan diberi sebuah tilam dan sindiket mendakwa tilam itu bernilai RM25,000 dan boleh memulihkan pelbagai penyakit. Jika mangsa mendesak mahukan kereta juga, mangsa akan diminta membuat bayaran lain," katanya.

Beliau berkata berdasarkan aduan yang diterima pihaknya, ada mangsa membayar sehingga RM70,000.

Seorang daripada yang ditahan hari ini pernah ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan sama, namun jelas dia tidak serik, katanya.

Menurut Firdaus, semua yang ditahan hari ini hanyalah pekerja dan pihaknya sedang mengesan dalang sindiket itu.

"Sebelum ini semasa diserbu, premis ini kosong. Namun hari ini kita percaya mereka baru sahaja melarikan diri kerana kereta Nissan Almera yang ditawarkan sebagai hadiah hanya diletak di belakang premis," katanya menambah berdasarkan aduan mangsa, mereka ditunjukkan kereta itu yang diletak di hadapan premis ketika datang menuntut hadiah. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan