Pekerja Myanmar Bertarung Nyawa Selepas Ditimpa 500 Bata

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pekerja binaan Myanmar sedang bertarung dengan maut di Hospital Pulau Pinang selepas dihempap kira-kira 500 bata di sebuah tapak pembinaan di Bayan Lepas pada Rabu.

Berikutan kejadian itu, Hossain, 24, dimasukkan ke wad penjagaan rapi dan menurut doktor, dia kini berada dalam keadaan kritikal.

Ketika kejadian pada pukul 10 pagi, mangsa bekerja di tingkat empat sebuah bangunan yang sedang dibina apabila tiba-tiba lebih kurang 500 bata terjatuh dari tingkat 12 dan menimpanya setelah lantai alat pengangkut patah.

Akibatnya, Hossain jatuh ke tingkat tiga sebelum rakan sekerjanya menghantar mangsa ke hospital.

Sementara itu, adik mangsa Amir Hussain, 17, ketika ditemui di hospital berkata Hossain cedera di leher dan belakang badan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan