Juruteknik Mada Disyaki Lemas Belum Ditemui

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Operasi mencari dan menyelamat seorang juruteknik awam Lembaga Pertanian Muda (Mada) yang kenderaan pacuan empat roda dinaikinya terhumban ke dalam sungai di Kampung Telaga Batu, Sungai Korok dekat sini pada Isnin dihentikan pada pukul 6 petang tadi setelah gagal menemui sebarang petunjuk, sebelum disambung semula esok.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Mohammad Darus berkata operasi yang bermula pada pukul 8.30 pagi tadi itu agak mencabar kerana hujan lebat yang turun semalam menyebabkan air memenuhi sungai dan arus menjadi deras.

Operasi disertai tujuh anggota bomba serta 10 orang penyelam dengan dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menggunakan dua bot bomba dan satu bot JPAM. "Pasukan kita mencari sehingga ke Kubang Sepat lebih 10 kilometer jauhnya dari tempat kejadian, namun tidak berhasil. Kita akan terus mencari sehingga ke laut kerana mangsa kemungkinan dihanyutkan ke Kuala Jerlun," katanya kepada pemberita di tempat operasi pada Selasa.

Dalam kejadian itu, juruteknik tersebut Wan Mohd Azri Wan Mansor, 25, bersama kontraktor Adnan Ahmad, 44, dalam perjalanan dari Jitra ke Kubang Sepat untuk melawat tapak projek Mada.

Kenderaan mereka bagaimanapun terhumban ke dalam sungai ketika mereka mahu mengelak dari melanggar seorang kanak-kanak yang melintas jalan ketika itu.

Kedua-duanya berjaya keluar dan berpaut pada Pajero mereka tetapi air sungai yang deras menghanyutkan mereka.

Adnan bagaimanapun dapat berenang ke tebing sungai manakala Wan Mohd Azri yang tidak tahu berenang dibawa arus.

Timbalan Pengurus Besar Mada, Datuk Rosli Baharom menyifatkan mangsa yang bekerja dengan Mada dua tahun lepas sebagai pekerja yang rajin, berdedikasi dan suka membantu rakan yang lain. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan