Polis Sabah Buru Suspek Rompak Kedai Emas

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis Sabah memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes rompakan bersenjatakan pistol dan parang di sebuah kedai emas di Lahad Datu, pagi Isnin.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata lelaki itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup dan maklumat awam.

"Walaupun suspek memakai topeng, kita berjaya mengenal pastinya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, Selasa.

Suspek merupakan antara tiga lelaki yang melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM40,000 dari sebuah kedai emas dalam kejadian pukul 10.10 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, seorang bersenjatakan pistol manakala dua lagi berparang.

Suspek turut melepaskan dua tembakan dengan satu das di dalam kedai dan satu lagi ke udara di luar kedai sebelum melarikan diri ke arah Silam menaiki sebuah kereta. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan