Jumlah Mangsa Banjir Di Manjung Meningkat Lebih 1,000 Orang

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jumlah mangsa banjir di daerah Manjung meningkat kepada lebih 1,000 orang apabila hujan berterusan sehingga pagi Selasa.

Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Manjung seramai 1,055 mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Tebuk Yan, Dewan Taman Bintang, Sekolah Kebangsaan Sungai Batu dan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.

"Jumlah mangsa banjir di Sekolah Kebangasaan Sungai Batu meningkat kepada 670 berbanding 570 orang semalam. Di Dewan Orang ramai Tebuk Yan juga meningkat kepada 78 orang," katanya ketika dihubungi Bernama Selasa.

Katanya, keadaan hujan yang berterusan itu juga menyebabkan penambahan jumlah mangsa di pusat pemindahan banjir di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai kepada 104 orang dan 203 orang di Dewan Taman Bintang.

Beliau berkata keadaan banjir di kawasan Sungai Batu mencecah 1.5 meter, Kampung Tebuk Yan (1.0 meter) dan Padang Serai (1.6 meter).

Katanya, keadaan banjir di daerah itu tidak mengalami banyak berubah memandangkan air masih berada pada paras yang sama.

Mangsa banjir melibatkan penduduk di Taman Bintang Kampung Ujung Pasir, Kampung Pantai Tin, Taman Pantai Wang, Kampung Tebuk Yan, Parit Marikan dan Batu 13 Segari.

Selain faktor hujan lebat, fenomena air pasang juga menjadi punca berlak banjir. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan