Sekumpulan Lelaki Bersenjata Rompak Kedai Emas Di Lahad Datu

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Tiga lelaki - seorang daripadanya bersenjatakan pistol manakala dua lagi parang - melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM40,000 daripada sebuah kedai emas di sini, Isnin.

Lelaki terbabit turut melepaskan dua das tembakan iaitu satu das di dalam kedai manakala satu lagi tembakan ke udara di luar kedai itu, sebelum melarikan diri ke arah Silam dengan sebuah kereta berwarna putih.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Bong Khuet Khuin berkata tiga lelaki bertopeng itu memasuki kedai berkenaan pada pukul 10.10 pagi dan memecahkan kaca almari pameran barang-barang kemas di kedai itu.

"Ketika kejadian pemilik kedai dan dua pekerja berada di dalam kedai itu, tiada kecederaan di laporkan," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Bong berkata berdasarkan loghat bahasa Melayu yang digunakan ketiga-tiga lelaki berbadan tegap itu, polis percaya mereka adalah orang tempatan dan dipercayai pernah ke kedai berkenaan sebelum melakukan rompakan itu.

Berdasarkan dua kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian, polis percaya perompak berkenaan menggunakan pistol jenis Colt .45, katanya.

Bong berkata sehubungan itu, polis kini menjalankan Operasi Tutup di laluan keluar utama dari Lahad Datu seperti jalan Tawau-Lahad Datu dan jalan Lahad Datu-Sandakan bagi mengesan penjenayah berkenaan.

Difahamkan kejadian rompakan bersenjata itu adalah kes pertama sejak 20 tahun lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan