Polis Tahan Enam Lelaki Bantu Siasatan Kes Samun Pegawai Polis

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menahan sekumpulan enam lelaki yang disyaki terbabit dalam kes samun seorang pegawai polis pada 12 Oktober lepas di persimpangan Jalan Templer susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan dekat sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kesemua mereka yang berumur 16 hingga 24 tahun itu, ditahan secara berasingan pada 18 Oktober lepas di kawasan pangsapuri di Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya.

"Seorang daripada suspek yang ditahan telah membawa polis ke rumahnya di Taman Medan Jaya, Petaling Jaya di mana suspek menyimpan beberapa barangan yang dipercayai hasil kegiatan samun kumpulan itu," katanya kepada pemberita di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Isnin.

Beliau berkata polis turut menemui semula pistol, kelopak peluru dan peluru milik pegawai berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, yang disamun dalam kejadian itu.

Mohd Shukri berkata dalam kejadian samun itu, dua daripada suspek terbabit yang menaiki motosikal menghampiri kereta dinaiki pegawai polis berkenaan dan berpura-pura bertanya arah jalan.

"Sebaik anggota polis itu menurunkan cermin keretanya, seorang daripada suspek menoreh tangan mangsa menggunakan objek tajam dipercayai pisau sebelum bertindak melarikan beg sandang mangsa yang mengandungi pistol, kad kuasa polis, wang tunai dan telefon bimbit," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek terbabit tidak mempunyai rekod jenayah namun empat daripada mereka positif dadah berdasarkan ujian air kencing yang dijalankan.

"Mereka ini semuanya daripada keluarga baik-baik, kami percaya mereka terbabit dalam kes ini kerana terdesak akibat penyalahgunaan dadah," katanya.

Mohd Shukri berkata polis kini sedang mengesan seorang lagi dipercayai anggota kumpulan samun itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan