Murid Tahun 5 Maut Dalam Kejadian Langgar Lari Di Besut

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERTEH: Seorang murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Pancur, Hulu Besut terbunuh dalam kejadian langgar lari di Kampung Chegar Malok di sini, Ahad.

Daniel Mat Daud, 11, dipercayai dilanggar ketika menunggang basikal untuk pulang ke rumahnya pada pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata Daniel yang terbaring dengan kepalanya berdarah ditemui oleh penduduk kampung yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

"Daniel mati ketika dirawat di Hospital Daerah Besut," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi talian 09-6956222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan