Warga Singapura Maut Motosikal Berkuasa Tinggi Terbabas

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Hasrat seorang warga Singapura mahu menghabiskan percutian bersama tujuh rakan berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh setelah motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha FJR yang ditunggangnya terbabas dan terjatuh ke dalam semak di Km 8, Jalan Sungai Koyan-Tersang, Kuala Lipis Jumaat.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa Ooi Hong Kim, 61, maut di tempat kejadian selepas dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala.

Difahamkan mangsa ketinggalan jauh di belakang daripada rakan-rakannya sebelum mangsa hilang kawalan dan terbabas.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata perkara itu disedari seorang rakannya Lee Liang Shin Melvin, 34, apabila dia menyedari mangsa belum lagi muncul bersama mereka.

"Berikutan itu rakan-rakannya berpatah semula untuk mencari mangsa sebelum mereka terserempak dengan sekumpulan penduduk kampung yang sedang membantu mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lipis," katanya ketika dihubungi, Sabtu.

Mangsa dan rakan-rakanya dilaporkan dalam perjalanan menghala ke Ipoh dari Singapura melalui Sungai Koyan.

Lee berkata mayat mangsa akan dihantar pulang ke Singapura selepas selesai bedah siasat di Hospital Kuala Lipis. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan