Polis Jejak Empat Suspek Curi Kereta Loloskan Diri

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat lelaki dipercayai suspek curi kereta meloloskan diri di kawasan Seksyen 6, Flat Gugusan Cempaka di sini ketika diburu polis pada Sabtu.

Polis sebelum itu turut melepaskan dua das tembakan ke arah kereta Proton Waja yang dinaiki empat suspek itu berumur 20 hingga 30an ketika mereka cuba melarikan diri daripada polis dalam kejadian kira-kira 3.45 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata insiden bermula apabila polis membawa dua suspek lain curi kereta ke kawasan D' Rimba, kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian, bagi menunjukkan kereta Proton Wira yang dicuri mereka dan dilaporkan hilang di Kelana Jaya.

Setibanya polis di lokasi di mana kereta Wira itu disembunyikan, tiba-tiba sebuah kereta Proton Waja dinaiki empat lelaki tiba di lokasi sama sebelum memecut kenderaan mereka kerana melihat polis di situ, katanya.

Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian di sini, Arjunaidi berkata curiga dengan keadaan tersebut, polis mengejar kereta Waja itu. Sepanjang jalan, kereta suspek melanggar beberapa buah kereta lain. "Dalam keadaan kelam kabut itu juga, kenderaan suspek nyaris melanggar seseorang ketika tiba di satu jalan berdekatan flat itu.

"Melihat keadaan itu, polis terpaksa melepaskan dua das tembakan kerana ia dilihat mengancam keselamatan orang awam," katanya.

Arjunaidi berkata tembakan itu mengenai but dan cermin belakang kereta Waja itu, sehingga menyebabkan kenderaan mereka hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta Proton Wira milik penghuni flat Gugusan Cempaka yang diparkir di situ.

Merasakan diri mereka tidak mempunyai peluang melarikan diri dengan kereta, keempat-empat suspek turun dari kereta itu dan bertempiaran lari di sekitar flat tersebut.

"Polis sedang menjejaki keempat-empat lelaki itu yang kita percaya masih berada di sekitar kawasan ini "Pemeriksaan di dalam kereta Waja yang dilaporkan hilang di Ipoh itu, tidak menjumpai sebarang senjata," katanya sambil menambah unit K9 turut dibawa ke lokasi kejadian bagi menjejaki suspek. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan