Polis Nafi Tangkap Juruterbang Kapten Joseph Lakai

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh pada Jumaat menafikan maklumat yang tersebar dalam media sosial bahawa seorang jurterbang dari Sabah iaitu Kapten Joseph Lakai ditangkap.

Beliau berkata dakwaan yang menyatakan juruterbang itu ditangkap oleh Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah tidak berasas kerana rekod polis menunjukkan tiada tangkapan dibuat.

"Perkara ini mempunyai kecenderungan berunsur hasutan dan satu laporan polis telah dibuat untuk menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 bagi mengesan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang bertanggungjawab berhubung perkara ini," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terus menyebarkan maklumat berkenaan menerusi media sosial.

Sebelum ini terdapat 'page' dalam laman sosial dengan tajuk 'Breaking News: Sabah for Sabahan' yang antara lain melaporkan tentang tangkapan Joseph Lakai berhubung slogan 'Sabah For Sabahan' dan kalimah Allah. Page itu turut mendakwa Joseph Lakai telah dipukul dan mengalami kecederaan di seluruh bahagian tubuhnya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan