Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup Kayu Bakau

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 220 batang kayu bakau bernilai RM37,000 ke negara jiran dengan menggunakan bot jongkong awal pagi Khamis.

Komander PPM Sabah, ACP Mohammad Madun berkata kesemua kayu bakau berkenaan dirampas dari dua buah bot jongkong yang diperiksa di kawasan Sungai Sinosolan kira-kira jam 4.30 pagi selepas mendapati kayu bakau itu dibawa tanpa dokumen yang sah.

"Sepasukan anggota Pasukan Polis Marin yang sedang dalam rondaan Op Cantas Khas Laut terserempak dan menahan dua bot jongkong yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke Nunukan, Indonesia. Hasil pemeriksaan mendapati 220 batang kayu bakau di dalam bot jongkong terbabit.

"Turut berada di dalam bot berkenaan ialah tiga lelaki berusia antara 35 hingga 45 tahun yang gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Mohammad berkata turut dijumpai di dalam bot berkenaan ialah enam bilah kapak dan sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menebang pokok bakau secara haram di kawasan hutan paya bakau Sungai Serudong dan Sungai Sinosolan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (G) (1) Enakmen Perhutanan kerana memiliki kayu bakau tanpa permit. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan