Kaki Judi Ugut Ibu Dengan Parang

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Akibat terdesak seorang pekerja berusia 30 tahun mengugut ibunya sendiri dengan sebilah parang selepas ibunya enggan memberinya wang untuk berjudi.

Menurut wanita berusia 50 tahun itu yang enggan dikenali, anaknya telah menjadi kaki judi sejak enam tahun yang lalu.

"Ketagihannya untuk berjudi semakin teruk kira-kira lima tahun lalu dan ia adalah satu cabaran untuk mengawalnya kerana dia biasanya akan marah terutamanya apabila saya enggan meminjamkan wang kepadanya," katanya ketika bercakap kepada pemberita di Mahkamah Majistret Segamat pada Khamis.

Lelaki itu ditangkap kerana mengancam ibunya dengan parang dan kini ditahan reman sehingga 20 Oktober untuk memudahkan siasatan.

Berhubung kejadian itu, suri rumah itu berkata dia telah bertekak dengan anaknya, yang telah meluru ke rumahnya di Labis kira-kira pukul 2 petang Rabu untuk meminta wang.

"Saya terkejut apabila dia tiba-tiba menarik keluar parang kecil dan mengacunya ke arah saya.

"Dia mengugut untuk mencederakan saya jika saya tidak memberikan kepadanya apa yang dia mahu," katanya.

Dalam usaha untuk melarikan diri, dia memberitahu bahawa dia akan pergi ke bank berhampiran untuk mengeluarkan wang tetapi sebaliknya pergi ke rumah saudara berdekatan dan bersembunyi di sana.

Beliau kemudian dipujuk oleh saudaranya untuk membuat laporan polis selepas mendapat tahu daripada rakan-rakannya yang anaknya pergi sekitar bandar mencarinya.

"Saya ragu-ragu pada mulanya, tetapi saya benar-benar takut apa yang anak saya boleh lakukan kerana kira-kira dua bulan lalu dia melemparkan kerusi kepada saya apabila saya enggan memberi wang," katanya.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Jika sabit kesalahan , lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan