Warga Emas Maut Dipercayai Ditikam Anak Kandung - Berita Jenayah | mStar

Warga Emas Maut Dipercayai Ditikam Anak Kandung

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas maut dipercayai ditikam oleh anak kandungnya yang merupakan seorang penagih dadah, dalam kejadian di Flat Sri Melaka, Cheras, di sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, suspek lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan menikam badan mangsa sebanyak tiga kali di dapur rumah mereka sebelum ditahan jiran yang terdengar jeritan warga emas itu.

Mohan Singh berkata mangsa yang berusia 74 tahun itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi.

"Pihak polis belum mengenal pasti motif kejadian namun kami percaya ia berlaku ketika suspek berada di bawah pengaruh dadah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata polis merampas sebilah pisau dan parang yang disyaki digunakan dalam kejadian itu dan suspek kini ditahan untuk disoal siasat.

Mohan Singh meminta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis untuk membantu siasatan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan